19hb januari hari kelahiran puteri anitha

pertama-tama aku nak minta maaf kerana menulis blog lagi.memang hajat aku nak berhenti.kerana masalah yang timbul disebabkan apa yang aku tulis di blog ni.tapi ini adalah khas entry aku tujukan untuk semua sebagai pengajaran.tolong izinkan aku untuk menulis....

aku masih ingat lagi,perut mak aku membesar macam belon.pada masa itu aku baru berumur 5tahun. mak aku asyik pulang balik dari hospital.aku masih budak lagi.pemikiran macam tin yang kosong tak ada apa.aku ingat mak sakit apa.aku pernah ikut ayah hantar mak pergi hospital.tapi aku tetap tak tahu kenapa.mungkin sebab aku masih budak malas untuk berfikir.sehinggakan mak ditahan di hospital.

aku bukan macam sekarang,semua benda menjadi persoalan.mak aku di tahan di hospital pun aku tak kisah..aahhh..lantak la.hahaha..itu masa kecil-kecil lagi.tak tahu berfikir lagi.tapi ingatan aku masih kuat.masih ingat apa yang terjadi pada masa itu.walaupun aku hanya berumur 5 tahun.tapi aku masih boleh ingat apa yang berlaku pada masa itu.nak tahu rahsia ingatan kuat?minum la susu ibu!hahaha.kidding=)

bila mak dah keluar hospital,aku tak tahu kenapa perut mak kempis dah.mak makan ubat apa jadi kurus macam tu?aku nak jugak.sebab aku rasa aku semakin kerap menternak lemak-lemak yang degil ni. dan ayah muncuk dihadapan aku sambil mendukung seorang bayi. aku tak tahu itu siapa.aku tak tahu kenapa ayah dukung dia.aku pun nak kena dukung...ayahhhh...

bila aku dapat tahu bayi itu adalah adik perempuan aku, aku tak tahu nak meyatakan macam mana kegembiraan aku pada masa itu.sebab aku tak pernah ada adik beradik perempuan.dan yang ni adalah anak perempuan dalam keluarga kami.kami menjaga dia bagai menatang minyak yang penuh. kami abg-abg dia menjaga dia penuh kasih sayang.sehingga kami cemburukan kasih sayang yang dicurahkan terhadap dia.kadang-kadan kami selalu membuli dia.kami bukan tak sayang,tapi disebabkan cemburu dengan apa yang dia dapat dan kami tak pernah dapat.jahat kan kami abang-abang dia.

dia perempuan,kami abg-abg dia semua lelaki.bukan pondan.haha...tapi nak mendidik seorang perempuan ni memang susah.kejap-kejap nangis.tegur sikit ngis.marah sikit nak ngis.manja sangat.lagi-lagi dia jadi anak kesayangan kepada mak dan ayah aku.memang kami abg-abg dia anti sangat kot dengan dia.

apa yang aku menyesal sangat,hayat dia tak panjang.apa yang aku lagi menyesal,aku tak ada sekeping gambar pun bersama dengan dia.kalau aku tahu hayat dia hanya setakat tu.aku akan layan dia baik-baik.kalau aku tahu dia tak lama hidup di dunia ni,aku nak tangkap gambar dengan dia banyak-banyak.dan aku tahu dia meninggal seminggu sebelum aku menduduki spm. 4 hari selepas pengebumian dia, baru aku dapat tahu berita itu.ini semua disebabkan pihak sekolah aku yang tak menyampaikan berita itu pada aku.aku dapat tahu berita ini dari adik lelaki aku di friendster.aku menangis teresak-esak di library pada masa itu.

kalau aku boleh undur semua masa-masa itu,aku nak sangat berada di samping dia saat adik perempuan aku menghembuskan nafas dia yang terakhir. dan aku juga nak mengusung jenazah adik aku kalau aku dapat hadiri majlis pengebumian adik aku.yang paling aku nak,kalau aku ada kuasa yang sebenar untuk mengundurkan lagi masa, aku nak jaga mak aku disaat dia beranakan adik aku.

dan hari ini adalah hari jadi dia.arwah telah pergi meninggalkan keluarga kami.setiap perkara yang berkenaan dengan dia.aku selalu terkenang.bila aku terkenang,aku akan menyesal.semua tu sia-sia.apa yang aku nak sampai sini.mari hargai semua orang yang tersayang dalam diri kita.jangan ada penyesalan dalam hidup.senang cerita..jangan jadi macam aku.hidup dalam penuh penyesalan.aku doakan adik aku NURHIDAYAH AISYAH ANITHA berada di samping orang-orang yang beriman.


amin

Share this:

12 comments:

Nurul Says said...

al-fatihah

manusia putih said...

moga rohnya dicucuri rahmat...

Biela Sapine said...

Al-fatihah. Siyes bergenang air mata baca entry kau yang ni wehh
Sabar k

! Nurida Ardy said...

Al-Fatihah...

lynda said...

sedeyhnya baca..
pape pon jangan menyesal gn benda yg dah jadi bro !
al fatihah.

kanjopang si lipas said...

thx guys...

Anonymous said...

sayang.

jgn la benti tulis blog.
jgn la byk sgt perkataan 'kalau' dlm hidup.

pktaan tu mmg selalu buat kita sedih.
kau masih boleh jg mak kan.
adik pergi dlm usia muda. insyaAllah tinggi darjatnya disisi tuhan. kte nie yg kena muhasabah diri. mgkin esok mgkin lusa kte pergi. i love you!

Blog Eazy Izzuddin said...

Alfatihah....
;)

kanjopang si lipas said...

hmm....thx syg=)

kanjopang si lipas said...

thx eazy=0

syue stim said...

AL-fatihah..

zaza ismail said...

al fatihah