puisi akhir tahun 2011

semalam
aku duduk seorang mengenang perjalanan hidup aku sebagai seorang insan
yang alpha dengan tanggungjawab sebenar di bumi Allah.

aku duduk
masih lagi bersendiri
melihat kanak kanak kecil berlari
mengejar  dan mengapai tangan ayahya

saat itu aku mula sedar
aku semakin ditelan usia

aku terbayang
disaat aku kecil kecil dulu
disaat aku masih belum pandai mengesat hingus dulu
disaat aku tidak pandai untuk mengenal apa itu dosa, apa itu pahala
aku merasa, aku ingin kembali ke masa itu

mungkin ada yang berkata

"apa yang ada di masa lalu sampaikan kau nak kembali ke mas itu"

ahhhhhh,persetan semua itu.
aku tak peduli, kisah hidup aku sekarang
seperti dipenuhi dan dikelilingi dengan dosa

kenapa?
dahulu aku tak tahu apa itu dosa pahala
sangat berbeza dengan sekarang

semakin aku tahu apa itu dosa,
semakin aku kerap melakukannya
semakin aku tahu apa itu pahala,
semakin aku liat untuk menunaikannya

aku masih duduk sendiri
berkata pada diri

"apa nak jadi pada aku ni"

semakin hari,
semakin aku ditelan usia
seperti tidak terasa esok dah hari terakhir
aku bersama dengan 2011

dalam setahun ini
memang banyak saat masam dan manis yang aku lalui
tapi sebanyak mana tanggungjawab yang patut aku laksanakan itu
terlaksana?

aku masih duduk seorang
takut untuk bergerak dari tempat duduk
siapa tahu apa jadi pada aku selepas itu.

aku berdoa
Ya Allah sang Kekasih..
jadikanlah aku umat yang kuat
menghadapi segala gangguan hidup dan terhindar dari segala yang serba buruk
sebab kami ingin selalu berpijak atas jalur tapak yang Kau restui

dan berazam
untuk memperbanyakkan amalan aku
pada tahun 2012

amin

Share this:

2 comments:

yanayonet said...

amin :')

w i e t o n l y said...

xde la gemok pown ko.ok la tu bdn bg laki.berisi.