Selamat Hari Ulangtahun 23 Rahman syah
Harijadi anak bujangku Rahman Syah yg ke 23 (amanah yg tuhan titipkan padaku). sedar tak sedar dia semakin dewasa ,semakin matang. namun dia semakin jauh dari pelukanku. rindu ini buatnya...
semoga TUHAN SENTIASA MELINDUNGI DIRINYA...
menjaganya dari segala perbuatan yang mungkar...
memeliharanya dari kemaksiatan...memberikannya rezeki yang melimpah...
memberikannya jodoh yang baik...
memberikannya hidayah...
'Amanah yang tuhan titipkan padaku' adalah harta yang tidak terniali buatku...
SELAMAT HARILAHIR ABDUL RAHMANSYAH,
jg diri baik2 d tempat orang...pelihara diri dari segala kejahatan...
sentiasa dekatkan diri dgn tuhan....jgn abaikan suruhanNYA dan laranganNYA..
Semakin tinggi tuhan tempatkan kedudukanmu d mata insan lain d dunia ini...
tak ada maknanya jika maman tidak mengenal diri maman seutuhnya...
jgn sesekali melupakan bahawa diri adalah HAMBA YangMahaEsa...
apa pun yang kita dapat dalam dunia ini adalah amanah dariNYA...
mesti maman lebih tahu segalanya kerana maman sdh cukup dewasa...
tp biar maman da dewasa..sebagai amanah dariNYA...
mama tetap 'membebel' buat hadiah harijadi maman....
itu adalah kata-kata dan juga hadiah dari seorang ibu. Macam yang mak aku cakap, aku pun tak sedar yang aku ni umur 23. Sebab perangai aku masih tak berubah, sama seperti dulu. Bila entah nak mematangkan diri. Apa yang aku suka , setiap kali hari jadi aku tiba je.. mak aku selalu hadiah kan aku kata-kata seperti ini. kata-kata yang membolehkan air mata tu mengalir dengan tak sengaja. Dalam nya semua ade, nasihat, doa dan perasaan rindu seorang mak kepada anak. Mak selalu kata, yang dia tak ade hadiah nak bagi. tapi setiap tahun, aku rase, kata-kata macam ni adalah hadiah paling besar. Dekat 7tahun jugak la aku meraikan harijadi jauh dari mak aku. dalam masa 7 tahun tu, hanya sekali je aku sambut bersama. dan 6 tahun lagi mak aku menulis seperti ucapan dia atas. Itu sangat sangat memadai untuk aku. untuk tu, terima kasih mak. Sebetulnya, aku lagi rindu kan mak. Tapi mak kena faham, untuk mencapai kejayaan pasti memerlukan pengorbanan. dan mungkin ini adalah pengorbanan kita kan mak? Lepas ni, in sha Allah mungkin kita akan di luangkan lagi masa untuk bersama. Terima kasih mak.
assalamualaikum bang, apa khabar? sihak jugak ka? selamat hari jadi, semoga panjang umur murah rezeki. Jaga solat bang. kalau kita kejar agama, dunia akan datang dekat kita. tapi kalau kita kejar dunia, dunia akan makin jauh dengan kita.Dan agama pun akan kita tinggalkan. Berazam la supaya hati mu bang di pautkan pada masjid.
ini pula ucapan daripada seorang adik. Adik yang dah berkahwin. nasihat pun dah macam bapak orang. Aku paling rindu dengan adik aku sorang ni. Aku bersyukur, sebab adik aku tu sudah jumpe jalan yang betul. Sejak sudah berumah tangga, macam-macam perubahan yang aku tengok. Alhamdulillah. In sha Allah biar abang mu ni siapkan diri dulu. Kadang-kadang, tiba-tiba je ade messages masuk, "bang, sihat ka? sudah kau sembahyang"... automatik pergi. tak replay lagi messges die. Lepas solat baru aku replay HAHAHA. terima kasih dek
amin, ini ucapan dari seorang yang aku anggap seperti mak aku sendiri. "kekal menjadi anak yang baik". Aku tak rasa yang aku ni seorang anak yang baik mama. Banyak tangungjawab seorang anak aku masih tak dapat nakk buat. perkataan kekal itu tak sesuai untuk aku. Tapi in sha Allah aku akan cuba untuk menjadi seorang anak yang baik dan taat pada orang tua. Terima kasih mama.
Happy birthday Rahman Syah... Moga berjaya dunia dan akhirat. Be your own self. Hargai apa yg ada dalam hidup kita. Sentiasa ucap terima kasih pada mereka yg sentiasa d sisi kita d masa susah maupun senang. In Sya Allah segala yg kita doa akan d makbulkan oleh Allah.
ini adalah hadiah yang aku dapat dari mereka. Comel pulak dorang ni HAHA. Thanks kepada mereka yang berkenaan. Tak lupa juga pada kawan-kawan aku. Dan kawan yang wish call aku sambil menyanyi tu boleh sudah kau masuk mentor tu sedap betul kau nyayi HAHAH. Thanks jugak dekat mereka-mereka yang wish dekat twitter, dekat facebook dan instag. Satu je aku nak cakap, kalau aku tak busykan diri aku dengan membalas semua wish korang, birthday aku tak ade ape. Sebab korang ade wish la aku rase, ooohhhh hari ni bufday aku HAHAHA.
Apesal aku rase aku macam bagi ucapan dapat anugerah bintang fofular pulak ni HAHAHAH.
Banyak-banyak wish yang aku dapat, semua suruh kawen cepat, dapat awek cepat. Haaaaaa, teruskan la doaaaaa, aku tak nak awek. Aku nak bini taw! HAHAHA. tukar la awek tu kepada bini. Doakan aku ye. Sebab umor pun makin meningkat. Dah boleh dah ni. HAHAHA.
jangan ingat umor meningkat tu bermakna aku dah tua. Yg tua tu umor je, tapi muka aku tetap macam 18 gituuuu Awwwwww pasan nyeeee HAHAH. Assalamualaikum.


3 comments:
hihihiiii, :)
Akhirnya !! Hahahaahahha
btw..hepi belated besday lorh..hahha
Post a Comment